Bunuh, kerat: 15 ditahan, tiga akan dituduh - Utusan Malaysia

Bunuh, kerat: 15 ditahan, tiga akan dituduh

HUSSIEN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis menahan 15 warga asing susulan siasatan terhadap kes bunuh seorang lelaki berusia 48 tahun yang mayatnya dikerat serta disimpan dalam bagasi sebelum dibuang dekat Kilometer 447, Lebuhraya Utara Selatan, di Rawang pada pertengahan Januari lalu.

Kesemua suspek terdiri daripada warga Nepal (12 lelaki dan seorang wanita), Indonesia (seorang lelaki dan wanita) serta seorang lelaki warga Filipina berusia dalam lingkungan 24 hingga 54 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan siasatan enam daripada mereka berusia 24 hingga 30 tahun dipercayai terlibat dalam pembunuhan terbabit, bagaimanapun seorang daripada mereka masih bebas.

“Kita sudah menghantar kertas siasatan kepada pihak pendakwaan dan mendapat arahan tuduh dalam masa terdekat terhadap tiga lelaki termasuk yang masih bebas berusia,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan, mayat seorang warga asing yang dikerat tujuh bahagian itu dipercayai meninggal dunia kira-kira 12 jam sebelum ditemukan di tepi lebuh raya berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi ketika ditemui memaklumkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, Hussien menjelaskan siasatan polis terhadap kesemua suspek yang ditahan mendapati motif pembunuhan mangsa adalah kerana dendam peribadi memandangkan kesemua terlibat merupakan rakan sekerja sebagai pengawal keselamatan dekat sebuah pangsapuri di Sungai Buloh.

“Mangsa telah dibunuh dan dikerat di bilik stor tempatnya bekerja oleh rakan senegaranya. 

“Suspek kemudiannya membawa bagasi berisi keratan anggota badan mangsa menggunakan motosikal sebelum membuangnya di tepi lebuh raya itu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya