Buka lebih banyak penerbangan langsung antarabangsa

Buka lebih banyak penerbangan langsung antarabangsa

LEE (lima dari kanan) bersama Rayner Teoh (empat dari kanan) pada pelancaran destinasi ketiga MYAirline ke Sarawak dengan penerbangan dari Kuala Lumpur mendarat di Lapangan Terbang Miri, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) mahu lebih ramai syarikat penerbangan Malaysia mengambil usaha bagi membuka laluan langsung khusus bagi penerbangan antarabangsa seperti Hong Kong, Macau, dan Shenzen China.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata bandaraya Miri sebagai contohnya merupakan salah satu destinasi strategik yang menjadi pintu kepada laluan antarabangsa menghubungkan Sarawak dengan Brunei Darussalam.

“Maka dengan itu kita akan bincang dengan syarikat baharu seperti MYAirline untuk mempertimbangkan cadangan penerbangan langsung bagi beberapa destinasi antarabangsa ke Sarawak.

“Miri yang juga merupakan bandar minyak dan gas turut menjadi salah satu faktor yang harus dipertimbangkan lebih-lebih lagi apabila syarikat minyak Shell kini dalam pemindahan ibu pejabatnya bandar raya ini sekali gus bakal mempunyai permintaan yang lebih tinggi kelak,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan destinasi ketiga MYAirline ke Sarawak dengan penerbangan dari Kuala Lumpur mendarat di Lapangan Terbang Miri, semalam.

MYAirlie merupakan syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu di Malaysia. Bermula semalam, syarikat penerbangan itu akan mengendalikan satu penerbangan setiap hari dari Miri ke Kuala Lumpur dan selepas 15 Mac penerbangan akan ditambah kepada dua setiap hari.

Pada masa yang sama, Lee yakin laluan ini akan menjadi laluan kepada kunci perjalanan khusus bagi pencinta alam, pengemar festival serta ahli-ahli perniagaan yang menceburi dalam industri petroleum.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayner Teoh yakin pada masa akan datang MYAirline akan mempertimbangkan cadangan bagi laluan antarabangsa tersebut.

“MYAirline mempunyai beberapa perancangan dan sudah pastinya cadangan yang diberikan Datuk tadi (Datuk Lee Kim Shin) juga salah satu hasrat syarikat kami untuk perluaskan laluan penerbangan kami.
“Tetapi diperingkat awal ini sememangnya akan kita umumkan beberapa destinasi penerbangan laluan antarabangsa kita dan akan diperluaskan mengikut peringkat,” tambah beliau.

MYAirline pada masa yang sama berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama antara Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dalam membawa lebih banyak peluang kepada penggembara untuk memilih penerbangan ke destinasi mereka. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN