Beri maklumat jelas projek lebuh raya - Utusan Malaysia

Beri maklumat jelas projek lebuh raya

BEBERAPA NGO menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan maklumat jelas dan telus mengenai rancangan dan tindakan yang diambil bagi mengurangkan potensi risiko daripada projek Lebuhraya Air Itam-Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu kepada penduduk setempat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan maklumat jelas dan telus mengenai rancangan dan tindakan yang diambil untuk mengurangkan potensi risiko projek Lebuhraya Air Itam-Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu kepada penduduk setempat.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, walaupun projek itu bertujuan menambah baik aliran trafik, namun wujud kebimbangan berhubung keselamatan projek jalan raya tersebut dan kesannya terhadap alam sekitar.

Jelas beliau, antaranya berkenaan zon penampan keselamatan antara jalan raya dan beberapa blok pangsapuri yang berada di kedua-dua belah jalan raya tersebut.

”Terdapat juga kebimbangan mengenai pelan kawalan hakisan dan sedimen, terutama pada musim hujan apabila aliran lumpur dan tanah runtuh mungkin berlaku,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat CAP, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), R. Meenakshi dan aktivis Penang Forum, Khoo Salma.

Menurut Mohideen, adalah penting langkah keselamatan kejuruteraan diambil kira untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang boleh membahayakan nyawa penduduk di beberapa apartment yang berada di projek kawasan itu.

”Kami menggesa kerajaan negeri untuk memberikan maklumat yang jelas dan telus mengenai rancangan dan tindakan yang diambil untuk mengurangkan potensi risiko,” katanya.

Dalam pada itu, seorang penduduk apartment berhampiran projek itu, Richard Lim berkata, penduduk bimbang mengenai tahap keselamatan cerun dan kemungkinan berlaku tanah runtuh di kawasan berkenaan terutama ketika musim hujan.

”Pada masa ini musim kemarau, jadi risiko berlaku tanah runtuh di cerun kurang, namun bagaimana nasib kami ketika musim hujan.

”Malah, sekarang ini penduduk amat tertekan kerana berlaku pencemaran bunyi yang teruk kerana kerja-kerja memecah batu di kawasan bukit sedang dijalankan,” katanya.

Seorang lagi penduduk H. H. Lau, berkata, mereka juga tidak dimaklumkan mengenai projek tersebut dan hanya menyedari ia bermula setelah melihat kawasan bukit dibersihkan Januari lalu.

”Kami menyangka ada pihak persendirian yang membersihkan kawasan bukit, rupa-rupanya ia projek melibatkan kerajaan negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya