Beri kepercayaan penuh sistem perundangan - Rafizi

Beri kepercayaan penuh sistem perundangan – Rafizi

RAFIZI Ramli hadir pada Sesi Libat Urus bersama Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri mengenai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rakyat perlu memberi kepercayaan penuh kepada sistem perundangan negara, pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes membabitkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, kerajaan perlu mengekalkan perspektif tiada sebarang campur tangan dalam kes bekas Perdana Menteri itu.

“Saya tidak mahu masuk campur, malah ketika menjadi pembangkang saya terima kes demi kes daripada wistleblower (pemberi maklumat) yang mana saya harus bercakap dan hampir membayar harga yang mahal.

“Sekarang sebagai kerajaan sangat penting untuk saya tidak dekat untuk memastikan dari perspektif kerajaan kita elakkan sebarang campur tangan.

“Dalam hal ini, biar proses itu berjalan termasuk proses mahkamah, beri kepercayaan penuh kepada sistem kita, perundangan dan SPRM,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi libat urus Menteri Ekonomi bersama Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri di sini hari ini.

Rafizi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Muhyiddin yang dipanggil SPRM hari ini untuk memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Ahli Parlimen Pagoh itu akan didakwa esok dan dijangka berdepan enam pertuduhan membabitkan empat salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya