Belum rezeki kami lagi - Uqasha Senrose dedah dua kali keguguran - Utusan Malaysia

Belum rezeki kami lagi – Uqasha Senrose dedah dua kali keguguran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Uqasha Senrose reda dengan ketentuan Illahi dan menganggap belum diberi rezeki menimang cahaya mata selepas mendedahkan pernah keguguran dua kali tahun lalu.

Dedah Uqasha, kali pertama mengalami keguguran adalah ketika dia menunaikan umrah pada awal 2022 dan kali kedua pula sekitar November tahun sama.

“Ketika saya menunaikan umrah awal tahun lalu, saya sedang datang bulan yang sudah berlanjutan selama sebulan. Darah keluar dengan sangat banyak tetapi saya diamkan sahaja.

“Saya tidak buat sebarang pemeriksaan doktor pun. Kemudian sekitar November, saya datang bulan lagi untuk tempoh yang panjang. Saya juga alami sakit pinggang teruk.

“Saya pelik sebab tak pernah senggugut yang sakit sangat. Bila pergi periksa doktor, saya disahkan hamil dua bulan tetapi kandungan itu sudah tidak ada,” kongsi pelakon Anak Halal itu.

Tambah isteri kepada pelakon, Kamal Adli itu lagi, dia terpaksa menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan darah beku selepas dinasihat doktor kerana dikhuatiri memberi kesan kepada kehamilan seterusnya.

Namun jelas Uqasha, dia perlu menangguhkan hasrat untuk hamil sehingga Ogos depan kerana komitmen kerja yang padat.

“Siapa tak mahu cahaya mata sendiri tetapi saya terpaksa tangguh dulu perancangan itu kerana tuntutan kerja. Tetapi, dalam pada masa yang sama saya lega bila tahu boleh mengandung.

“Saya dan Kamal reda. Belum rezeki kami lagi,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN