Bekalan makanan mangsa banjir dijamin cukup - Utusan Malaysia

Bekalan makanan mangsa banjir dijamin cukup

SALAHUDDIN Ayub (dua, kanan) menunjukkan Menu Rahmah yang dijual di kiosk gerai makanan dan minuman  pada program Jelajah Menu Rahmah dan Penyerahan Bakul Rahmah di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan makanan yang mencukupi untuk mangsa banjir di beberapa negeri, ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, KPDN sedang dalam proses menyalurkan bantuan kepada penduduk di kawasan terjejas melalui Program Food Bank Malaysia (PFBM).

Menurut beliau, pihaknya akan memberi fokus bagi menghantar makanan sedia untuk dimasak selain barangan kering ke pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan terjejas.

“KPDN sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa bagi menyalurkan bantuan segera melalui ‘bank makanan’ di lokasi terkesan dan diselaraskan bilik operasi bencana banjir.

“Antara yang lokasi yang paling kritikal adalah di Johor melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Rompin selain beberapa lokasi di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Jelajah Menu Rahmah dan Penyerahan Bakul Rahmah di sebuah restoran di Wakaf Tok Pelam di sini, hari ini.

Sehingga tengah hari ini, dilaporkan lebih 5,300 mangsa terjejas dengan bencana banjir dan ditempatkan di PPS melibatkan penduduk di tiga negeri iaitu Johor, Sabah dan Sarawak.

Negeri Johor paling teruk terjejas apabila mencatatkan lebih 4,400 mangsa terdiri daripada hampir 1,400 keluarga yang ditempatkan di 48 PPS.

Selain itu, Salahuddin memberitahu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan (NGO) juga bersedia setiap masa dalam membantu mereka yang terjejas termasuk bekalan makanan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya