BCL sudah punya kekasih? - Utusan Malaysia

BCL sudah punya kekasih?

BUNGA Citra Lestari ketika sidang akhbar BCL Blossom di Kuala Lumpur Convention Centre. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari dikatakan sudah berani mempamerkan kemesraan dengan seorang lelaki yang didakwa merupakan teman lelakinya.

Menerusi satu perkongsian video, Bunga atau BCL yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-40 kelihatan mesra menari dan bergambar dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Tiko Aryawardhana.

Melihatkan kemesraan itu, rata-rata netizen mula mencipta spekulasi sendiri yang beranggapan BCL sudah membuka hatinya untuk cinta baharu selepas pemergian suaminya, Ashraf Sinclair dua tahun lalu.

Memetik laporan Liputan 6, Tiko bukan pertama kali muncul dalam vieo BCL itu tetapi pernah beberapa kali dilihat bergambar bersama penyanyi Cinta Sejati itu.

Malah, Tiko yang pernah belajar di salah sebuah institusi pengajian sama dengan BCL itu merupakan duda anak tiga.

Berkerja sebagai pegawai bank, Tiko juga mempunyai bakat nyanyian dan itu dikatakan medekatkan lagi dia dengan BCL.

Menurut beberapa sumber, Tiko juga sering kelihatan dalam setiap majlis tertutup anjuran BCL yang hanya dihadiri ahli keluarganya dan keluarga Allahyarham Ashraf.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya