ROMPIN: Pasangan pengantin baharu dari Kampung Pianggu di sini tetap meneruskan majlis kenduri perkahwinan dalam keadaan ala kadar setelah kediaman mereka ditenggelami air banjir sehingga menyebabkan banyak peralatan rumah rosak. Setelah dilanda musibah itu bermula 2 Mac lalu, Mohamad Faridzul Azahar Abd. Wahab, 31, dan pasangannya Nur Nadhirah Ahmad Akbal, 31, merancang menangguhkan perkahwinan tetapi membuat keputusan meneruskannya selepas air kembali surut kelmarin. Mohamad Faridzul berkata, dia pada awalnya bimbang kerana rumahnya ditenggelami air selama seminggu dan mereka baharu dibenarkan pulang ke rumah Jumaat lalu. “Memang sedih apabila banyak barang-barang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya