Banjir: Kanak-kanak lelaki 10 tahun dikhuatiri lemas di Pekan

Banjir: Kanak-kanak lelaki 10 tahun dikhuatiri lemas di Pekan

ANGGOTA bomba dan penduduk kampung melakukan operasi mencari kanak-kanak 10 tahun yang dipercayai lemas di Kampung Sri Makmur di Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika bermain di sekitar saluran longkang yang dinaiki banjir sebelum dibawa arus di Kampung Sri Makmur di sini, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 2.49 petang semalam.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian pihaknya dimaklumkan seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Hafizhan Abd. Zaib berusia 10 tahun dipercayai lemas.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan dan dibantu oleh penduduk kampung dengan dua bot fiber milik mereka dengan menggunakan pendayung. 

“Pencarian di permukaan air dilakukan dengan anggaran keluasan sekitar 200 meter dari lokasi mangsa dikatakan lemas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Zulfadli berkata, pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba Penyelamat Pekan turut diarah ke lokasi bagi membantu operasi SAR.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud, berkata, operasi SAR disambung semula pada pukul 8 pagi ini yang  mungkin lebih tertumpu dalam ladang kelapa sawit termasuk kawasan sekitarnya yang ditenggelami banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya