Bakat mula agih Beg Hari Raya kepada anggota tentera

Bakat mula agih Beg Hari Raya kepada anggota tentera

Tengku Muhaini Al-Marhum Sultan Ahmad Shah menyerahkan Beg Bungkusan Raya untuk anggota tentera yang bertugas dalam satu majlis di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) mula mengagihkan bungkusan hari raya untuk anggota tentera yang akan bertugas pada Aidilfitri tidak lama lagi.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan memberitahu, aktiviti pembungkusan Beg Hari Raya itu merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh Bakat ATM dan Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) sejak lebih 30 tahun lalu. 

“Pelbagai sumbangan dalam bentuk kewangan dan produk makanan kering serta barangan keperluan lain telah diterima oleh ATM melalui syarikat atau badan korporat serta individu perseorangan untuk bungkusan Beg Hari Raya.

“Ia akan diedarkan kepada para perwira dan perajurit ATM yang bertugas dalam operasi dan gerakan di perbatasan tanah air mahupun di peringkat antarabangsa semasa sambutan Aidilfitri ini,” kata kenyataan itu.

Sempena agihan tersebut, Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat, Puan Sri Tengku Muhaini Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menyempurnakan aktiviti pembungkusan 300 Beg Hari Raya Aidilfitri 2023 di Dewan Seroja, Kem Kementah, di sini, semalam.

Menurut kenyataan itu, Beg Bungkusan Hari Raya itu juga sebagai sokongan semangat dan moral bagi mereka menyambut hari lebaran tahun ini tanpa keluarga di sisi tatkala rakan yang lain dapat menyambutnya dengan penuh kegembiraan. 

Turut hadir ke majlis itu ialah Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mejar Jeneral Mohamed Fauzi Khamis; Ketua Eksekutif Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT), Datuk Dr. Mohd. Nizar Sudin; Pengerusi Jemaah Bakat Darat, Datin Seri Ramlah  Dawi; Pengerusi Jemaah Bakat Laut, Datin Dr. Norinah Mustapha dan Pengerusi Jemaah Bakat Udara, Puan Sri Bibi Nasratjahan Gulab Khan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya