Baim Wong sasar lengkap bacaan Al-Quran - Utusan Malaysia

Baim Wong sasar lengkap bacaan Al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon, Baim Wong meletakkan sasaran untuk melengkapkan sepenuhnya bacaan kitab suci Al-Quran sempena bulan Ramadan ini.

Menurut Baim, hasrat tersebut sedia direalisasikan setelah ia gagal dicapai beberapa tahun yang lalu.

“Sebenarnya, saya perlu khatam (Al-Quran). Saya tidak ingat bila kali terakhir berjaya menghabiskan bacaan, mungkin sekitar tahun 2018 atau 2019.

“Selepas itu, sukar untuk saya mengulanginya, ada sahaja alasan dan akhirnya menyesal,” katanya seperti dipetik portal Liputan6.

Dalam pada itu, Baim juga memaklumkan tetap bekerja, memenuhi tawaran menjayakan program televisyen sempena Ramadan.

“Alhamdulillah, Ramadan kali ini ada program amal, saya berpeluang mengajak isteri dan anak untuk sama-sama menjayakannya,” katanya lagi.

Sementara itu, berkongsi tentang rutin kesihatan di bulan puasa, Baim memaklumkan pola pemakanan yang betul disamping rehat yang mencukupi penting untuk kekal aktif di bulan Ramadan.

“Rutin saya seperti orang lain, jangan tinggal sahur dan dapatkan tidur yang mencukupi serta ambil vitamin.

“Saya sebenarnya lebih kepada menjaga pola tidur, kerja dan elak terlalu banyak berfikir,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya