Azalina dilantik Ketua Penerangan UMNO, Ku Nan kekal Bendahari - Utusan Malaysia

Azalina dilantik Ketua Penerangan UMNO, Ku Nan kekal Bendahari

AZALINA OTHMAN SAID 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO, menggantikan Isham Jalil.

Perkara itu dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sidang akhbar petang ini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn.

Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pula dilantik sebagai Setiusaha Agung UMNO yang baharu bagi kepimpinan sesi 2023-2026 parti itu.

Beliau menggantikan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Selain itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan pula kekal sebagai Bendahari parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.