ATM terima 50 ambulans domestik, peralatan perubatan 

ATM terima 50 ambulans domestik, peralatan perubatan 

MOHAMAD Hasan menyempurnakan  Simbolik Penyerahan 50 Buah Ambulans Domestik Perkhidmatan Kesihatan ATM di Padang Kawad Kem Kementah, Kuala Lumpur. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima 50 ambulans domestik dan peralatan perubatan jenis B sebagai objektif menaik taraf fasiliti perkhidmatan kesihatan. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan 50 Buah Ambulans Domestik Perkhidmatan Kesihatan ATM itu kepada Panglima-Panglima Perkhidmatan di Padang Kawad Kem Kementah di sini hari ini. 

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata, penggantian itu diyakini akan meningkatkan lagi keupayaan penyampaian kualiti perkhidmatan kesihatan terutama dalam proses pemindahan perawatan pesakit kepada seluruh warga kementerian dan ATM.

“Penambahbaikan ambulans domestik ini merupakan satu pelan jangka panjang kerajaan dalam meningkatkan kesiapsiagaan ATM dengan penyediaan aset dan kelengkapan yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan di bawah strategi Angkatan Masa Hadapan. 

“Ia di samping memperkasa aspek kebajikan warga kerja pertahanan dengan penyediaan fasiliti perubatan yang terbaik. 

“Kementerian sentiasa peka dengan keperluan warga ATM berdasarkan teras kebajikan yang telah digariskan bagi menjaga kebajikan warga ATM termasuk awam Kementah melalui peningkatan penyampaian kualiti perkhidmatan kesihatan,” katanya hari ini. 

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Affendi Buang; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Datuk Mohd. Asghar Khan Goriman Khan; Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Datuk Dr. Zulkeffeli Mat Jusoh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya