Armada yakin PN jadi kerajaan

Armada yakin PN jadi kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yakin Perikatan Nasional (PN) akan menjadi kerajaan untuk menamatkan kepemimpinan pentadbiran negara semasa.

Pengerusi Tetap Armada Nasional, Akmal Zahin Zainal Zahir berkata, pemimpin parti itu akan berusaha untuk mengakhiri ‘jangka hayat’ kerajaan yang didakwanya bersikap zalim.  

“Tuhan memberikan kita satu dugaan, untuk melihat sama ada kita memang benar sabar, sama ada kita benar istiqamah dengan menangguhkan kita daripada menjadi kerajaan. 

“Tetapi ini tidak bermakna kita tidak akan menjadi kerajaan. Saya yakin dengan pimpinan yang ada, akan cuba melakukan yang terbaik untuk memastikan rakyat Malaysia tidak akan terus dicengkam sang penguasa yang begitu zalim. 

“Dia sanggup menggunakan kuasa untuk menekan parti lawan. Yang ini bukan sekadar dakwaan, ini jelas kita saksikan sendiri presiden kita (Tan Sri Muhyiddin Yassin) menjadi mangsa,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu di PGRM, di sini hari ini.

Terdahulu, selepas nyanyian lagu Negaraku dan Perjuangan Kita, laungan ‘lawan tetap lawan’ bergema di Dewan Menara PGRM. 

Berdasarkan penyata tahunan, jumlah keseluruhan anggota Armada kini  mencecah 120,756 orang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya