Arab Saudi hadiahkan 35 tan kurma, 17,000 al-Quran kepada Malaysia

Arab Saudi hadiahkan 35 tan kurma, 17,000 al-Quran kepada Malaysia

MOHD. Na'im Mokhtar menerima sumbangan buah kurma daripada Saleh Ali Ismail Bedaiwi (dua kanan) di Kompleks Islam Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini menerima sumbangan hadiah berupa 35 tan kurma yang dihadiahkan Arab Saudi.

Majlis simbolik penyerahan hadiah sumbangan Penjaga Dua Tanah Haram, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud itu disempurnakan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia menerusi satu program di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini.

Ia disampaikan oleh Timbalan Duta Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur, Dr Saleh Ali Ismail Bedaiwi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar di Kompleks Islam, di sini pada Khamis.

Kerajaan Arab Saudi turut berkenan menyampaikan sumbangan 17,000 naskah al-Quran dan tajaan majlis berbuka puasa nasi mandy ayam untuk 15,000 orang.

Mohd Na’im berkata, Malaysia amat bertuah kerana sentiasa mendapat ruang dan dipilih oleh kerajaan Arab Saudi untuk pelaksanaan program itu.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud dan sentiasa mendoakan agar baginda sentiasa diberikan kesihatan berpanjangan serta keberkatan daripada Allah SWT.

“Malaysia amat bertuah kerana sentiasa mendapat ruang dan dipilih oleh Kerajaan Arab Saudi untuk pelaksanaan program ini,” katanya.

Katanya, sumbangan tahunan itu dilaksanakan Arab Saudi sejak lebih 20 tahun lalu dan ia diharap berterusan untuk rakyat negara ini.

Mohd Na’im berkata, beliau sentiasa mendoakan supaya hubungan akrab antara kedua-dua negara, Malaysia dan Arab Saudi, akan terus diperkukuhkan silaturrahim seperti yang dikehendaki oleh agama.

Kesemua agihan sumbangan itu akan diselaraskan oleh Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya