Apa punya sembang, Isham Jalil sindir Muhyiddin isu jawatan Presiden Bersatu

Apa punya sembang, Isham Jalil sindir Muhyiddin isu jawatan Presiden Bersatu

ISHAM JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Apa punya sembang, Muhyiddin (Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin) ini memang cakap tidak serupa bikin dari dulu”.

Demikian reaksi Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil terhadap Muhyiddin yang masih menggalas tanggungjawab memimpin parti tersebut walaupun sedang menghadapi kes di mahkamah.

Isham berkata, pemimpin-pemimpin Bersatu dahulu kerap menggesa pemimpin parti lawan meletak jawatan sekiranya menghadapi perbicaraan di mahkamah, namun gesaan sedemikian tidak pula dikenakan terhadap pemimpin sendiri.

“Sebelum ini puak Bersatu kata pemimpin politik yang ada kes mahkamah kena letak jawatan dan mereka sibuk suruh pemimpin UMNO letak jawatan.

“Lepas itu bila Ketua Penerangan Bersatu (Datuk Wan Saiful Wan Jan) kena dakwa dan letak jawatan, Muhyiddin kata ini standard Bersatu kononnya bila ada kes mahkamah mereka akan letak jawatan.

“Kemudian Muhyiddin kata dia akan letak jawatan jika ada pertuduhan dan dakwaan tapi bila sudah ada pertuduhan dan dakwaan, dia tidak letak jawatan sebab kononnya kawan-kawan dia tidak izin,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Muhyiddin berhadapan enam pertuduhan melibatkan salah guna kuasa dan penggubahan wang haram berjumlah RM232.5 juta yang membuat beliau berdepan penjara 20 tahun.

Berikutan itu, Muhyiddin mengakui beliau mahu meletak jawatan sebagai Presiden Bersatu atas rasa tanggungjawab terhadap beberapa pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah ketika ini.

Namun, usul khas dikemukan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi menolak peletakan jawatan Muhyiddin diluluskan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Ke-5 hari ini.

Sementara itu, Isham menyifatkan Muhyiddin sebagai kleptokrat paling besar dalam sejarah Malaysia dan akan terus menunggang parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

“Sekarang dia ingin buat ‘Gelombang Abah @ Gelabah’ dan dia akan tunggang parti komponen PN, Pas seperti biasa lagi sebab Bersatu tiada akar umbi.

“Lain kali jangan guna duit komisyen kontraktor rundingan terus dari projek kerajaan untuk biaya kempen politik kamu seperti yang kamu didakwa buat sebelum ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.