Apa perancangan kerajaan tamatkan golongan miskin dalam masa 8 bulan? 

PARLIMEN: Apa perancangan kerajaan tamatkan golongan miskin dalam masa 8 bulan? 

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ahli parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa kebimbangan selepas kerajaan meletakkan tempoh lapan bulan untuk menamatkan golongan miskin tegar.

Katanya, ini kerana tiada sebarang formula mahupun mekanisme yang diperincikan dalam pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, sekali gus mempersoalkan sama ada pendirian kerajaan perpaduan itu adalah realistik ataupun retorik semata-mata.

“Kerajaan tidak memperincikan mekanisme penyaluran yang bertanggungjawab daripada T20 supaya dapat kita lihat secara jelas kaedahnya dan formula yang perlu dibuat, tanpa retorik yang tidak dapat dilaksanakan apabila kita turun ke bawah.

“Kita ada masa lapan bulan untuk nak tamatkan golongan miskin yang ada, saya fikir perancangan mesti jelas yang akhirnya di hujung penilaian prestasi kewangan, ia menunjukkan kegagalan dalam mencapai target yang diletakkan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim mempersoal tindakan kerajaan yang ingin menamatkan enam projek tebatan banjir yang disebut Perdana Menteri, mampu menjimatkan RM2 billion.

Katanya, projek-projek tersebut belum lagi dimulakan, sekali gus mempersoal tiada sebarang penjimatan daripada projek-projek berkenaan.

“Saya pelik sebab projek yang ditamatkan itu belum pun dilaksanakan, belum pun lantik kontraktor, kerajaan sudah umum tamat. Kalau tunda itu bukan penjimatan, malah kerajaan akan berdepan dengan kerugian,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya