Anak tempatan lakar kejayaan terima Anugerah ASEAN 2023

Anak tempatan lakar kejayaan terima Anugerah ASEAN 2023

EMPAYAR Bintang Weddings menerima Anugerah Pensijilan Jenama Dipercayai Top 500 Pengguna pada tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua anak muda mengharumkan nama Malaysia selepas menerima pengiktirafan di Indonesia dalam Anugerah ASEAN 2023 baru-baru ini.

Penerima Mohd. Azroy Jalaluddin berkata, pengiktirafan diberikan menerusi syarikat miliknya Empayar Bintang selepas berjaya menganjurkan satu majlis di Bangkok, Thailand sebelum ini.

Katanya, dia tidak menyangka menerima anugerah Kategori Katering ASEAN anjuran majalah popular negara seberang itu selepas menerima tentangan sengit peserta pelbagai negara.

“Sudah semestinya kami berasa bangga kerana dapat membawa nama Malaysia ketika berada di sana menerima anugerah ini.

“Anugerah telah memberi motivasi tinggi kepada kami untuk 2023 ini agar syarikat lebih sukses, maju dan boleh pergi lebih jauh daripada apa yang kami capai sekarang selain memberi semangat untuk kami berkerja lebih kuat sepanjang tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Empayar Bintang yang diasaskan bersama Mohd. Azreen Zamri telah ditubuhkan pada tahun 2014.

Mengulas lanjut, Mohd. Azroy berkata, Empayar Bintang kini dalam perancangan untuk membuka beberapa buah dewan sendiri di Lembah Klang yang meliputi pakej penuh perkahwinan untuk mengembangkan operasi perniagaan.

“Empayar Bintang sentiasa membuat sesuatu yang inovatif dalam sesuatu majlis dan akan sentiasa menjadi syarikat pengurusan acara perkahwinan yang boleh dipercayai serta kekal sebagai pilihan pelanggan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.