JOHOR BAHRU: Demi kasih, seorang anak sanggup melakukan transfusi darah bagi menyelamatkan nyawa ayahnya yang menghidap penyakit leukemia. Muhammad Syamil Zainal, 20, yang merupakan pelatih Sijil Penyelenggaraan Elektrik di Kolej Kemahiran Johor dijadualkan menjalani prosedur berkenaan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini untuk memastikan ayahnya, Zainal Kamardin, 60, dapat kembali sihat. “Ayah disahkan menghidap leukemia sejak Oktober tahun lalu dan pihak hospital mahu ambil sampel darah adik beradiknya, namun tidak…