AMK Perak selar kenyataan Ahmad Faizal terhadap Anwar - Utusan Malaysia

AMK Perak selar kenyataan Ahmad Faizal terhadap Anwar

ZAIM Sidqi Zulkifly (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Ahmad Faizal Azumu di IPD Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak membuat laporan polis susulan ucapan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai biadab.

Ketua AMK Perak, Zaim Sidqi Zulkifly berkata, kenyataan Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) angkuh dan tidak wajar sama sekali.

Katanya, kenyataan yang menjejaskan kredibiliti Anwar selaku Ahli Parlimen Tambun itu dibuat Ahmad Faizal ketika ucapan perbahasan pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, Ahad lalu.

“Kami merasakan ucapan Peja ketika itu sangat biadap dan angkuh. Sudahlah, cukup-cukuplah, terimalah kekalahan di Tambun (pada Pilihan Raya Umum Ke-15).

“Sekarang kita fokus untuk membina sebuah negara yang lebih baik di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah konsep Malaysia Madani,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Menurut Zaim Sidqi, laporan polis tersebut dibuat supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan berhubung kenyataan yang bukan sahaja boleh menimbulkan kekacauan malah menjejaskan kredibiliti Presiden PKR itu.

Katanya, Ahmad Faizal juga perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang dilemparkannya itu.

“AMK Perak berharap agar rakyat dapat menolak parti yang mengamal politik fitnah sebagai senjata kerana jelas itulah kualiti yang ada pada Timbalan Presiden Bersatu yang ketandusan idea dan hanya berniat jahat untuk menimbulkan kekacauan dan meraih laba politik,” katanya.

Terdahulu, Zaim Sidqi menunjukkan kepada media klip video berdurasi 34 saat yang memaparkan Ahmad Faizal sedang berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu.

Dalam ucapannya, Ahmad Faizal secara sinis menyebut Anwar yang menang di Tambun pada PRU-15 sebagai penipu.

Pada PRU-15, Anwar selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menewaskan Ahmad Faizal yang juga penyandang kerusi Parlimen Tambun dengan majoriti 3,736 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya