Ahmad Zahid puas hati dengan pemilihan UMNO - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid puas hati dengan pemilihan UMNO

AHMAD Zahid Hamidi ketika berada di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpuas hati dengan sesi pemilihan jawatankuasa parti yang diadakan bagi sesi 2023-2026.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sesi pemilihan UMNO berjalan dengan lancar dan baik, namun penelitian dan berlaku adil kepada seluruh perwakilan.

Menurut beliau, bagi beberapa bahagian yang menghadapi masalah dalam sesi pemilihan tersebut dipercayai akan dapat ditangani dengan baik.

“Saya terima laporan itu, bahagian-bahagian yang ada masalah. Kita akan berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (Tan Sri Shahrir Abdul Samad). Sama ada kita akan batalkan dengan mengadakan pemilihan semula.

“Mana-mana parti politik ada berlaku begitu. Ertinya, saya sendiri yakin dengan Jawatankuasa Pemilihan, tiap-tiap pemilihan ada wakil di sana. Mereka pantau dan laporan sebenar dihantar ke pusat untuk penelitian serta siasatan,” katanya ketika ditemui media di sini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, sekiranya kes-kes tersebut memerlukan rujukan kepada lembaga disiplin maka akan ada tindakan diambil.

“Jika tidak, tindakan pembatalan dan adakan pemilihan satu agenda sahaja iaitu pemilihan atau pengundian di tempat itu.

“Tetapi setakat ini tidak lebih lima peratus kes-kes yang berat atau ringan. Aduan kita terima itu juga kita sudah jumpa dengan pengadu dan diselesaikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya