Ahmad Zahid mahu kepimpinan baharu UMNO bina kepercayaan

Ahmad Zahid mahu kepimpinan UMNO bina kepercayaan pengundi baharu

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu barisan kepimpinan UMNO yang baharu membina semula kepercayaan generasi pengundi baharu kepada parti itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden UMNO itu juga menyeru semua kepimpinan baharu di semua peringkat untuk merapatkan barisan kepimpinan.

“Sama-sama kita mengarus-perdanakan UMNO di persada politik tanah air. Kembalikan semua keyakinan ummah kepada UMNO.

“Bina semua kepercayaan generasi pengundi baharu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Kita terus rapatkan saf kepimpinan di semua peringkat. Tahniah kepada semua yang terpilih,” kata Timbalan Perdana Menteri ketika dihubungi.

Pemilihan UMNO 2023 menyaksikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani merupakan dua muka baharu Naib Presiden UMNO setelah masing-masing berjaya dalam persaingan tiga kekosongan jawatan dalam pemilihan parti kelmarin.

Seorang lagi calon, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kekal sebagai Naib Presiden apabila mendapat 114 undi di kedudukan kedua selepas Wan Rosdy manakala Johari pula memperoleh 107 undi.

Selain itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menang selesa untuk persaingan ahli Majlis Tertinggi (MT)

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berkata, 54 ketua UMNO bahagian atau 29 peratus adalah merupakan muka baharu sekali gus memperlihatkan berlaku perubahan di peringkat akar umbi UMNO di seluruh negara.

Ahmad Zahid dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan pula masing-masing kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden setelah kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya