Ahmad Zahid berbuka puasa bersama 1,500 penduduk di Seberang Takir - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid berbuka puasa bersama 1,500 penduduk di Seberang Takir

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-Ansar, Kem Seri Pantai, Seberang Takir, Kuala Nerus, malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berbuka puasa bersama 1,500 orang masyarakat setempat pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, Seberang Takir di sini, malam ini.

Pada majlis itu, pelajar pusat tahfiz dan asnaf di sekitar daerah ini turut diraikan.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Ketua Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Said  dan  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahmad yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut menyampaikan sumbangan daripada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) kepada pusat anak yatim berjumlah RM21,000.

Beliau juga menyampaikan sumbangan duit raya dan baju raya serta hamper kepada anak-anak yatim.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri juga menyerahkan bantuan kit peralatan dan kursus Quick Win Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kepada 60 orang penerima.

Selepas itu, Ahmad Zahid menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah di masjid tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.