Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Ketengah - Utusan Malaysia

Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Ketengah

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) menyampaikan sumbangan kepada pelajar tahfiz pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-Ansar, Kem Seri Pantai, Seberang Takir, Kuala Nerus, malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berkuat kuasa serta-merta.

Pelantikan tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada malam ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pihaknya percaya Ahmad Zahid dapat membantu merancakkan lagi pembangunan di kawasan Ketengah yang meliputi tiga daerah iaitu Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Katanya, selain memberi tumpuan kepada kemudahan infrastruktur seperti meningkatkan kemudahan bekalan elektrik dan air, Ketengah juga memberi tumpuan sebagai hub pengeluaran makanan dan hub pelancongan di negeri ini.

“Kita akan membangunkan sektor pelancongan di Ketengah, di mana kita merancang menjadikan Tasik Kenyir sebagai ‘Food Valley’ dengan ‘Halal Park’ dengan tujuan untuk mewujudkan keterjaminan makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, Seberang Takir di sini, malam ini.

Ahmad Zahid memberitahu, Ketengah juga akan memberi tumpuan untuk melahirkan usahawan baharu dalam kalangan penduduk di kawasan luar bandar.

“Inisiatif ini akan dapat membantu meningkatkan sosial ekonomi penduduk setempat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.