Ahmad Bashah buat kemunculan semula, Nazifuddin menang di Langkawi

Ahmad Bashah buat kemunculan semula, Nazifuddin menang di Langkawi

AHMAD BASHAH dan NAZIFUDDIN NAJIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilihan UMNO Kedah mencipta keunikan dengan menyaksikan seorang pemimpin membuat kemunculan semula dan tiga nama baharu serta tiga ‘naik pangkat’ daripada timbalan kepada ketua UMNO bahagian.

Pemimpin yang membuat kemunculan semula adalah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah apabila menang jawatan Ketua Bahagian UMNO Alor Setar setelah menewaskan lawannya, Zambri Mat yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Kemenangan Ahmad Bashah diibaratkan sirih pulang ke gagang.

Dalam pada itu, anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mohd. Nazifuddin Najib antara tiga muka baharu yang memenangi jawatan ketua UMNO bahagian di Kedah dalam pemilihan parti itu, semalam.

Kemenangan Mohd. Nazifuddin sebagai Ketua UMNO Bahagian Langkawi sekali gus menjadikannya bergelar ketua UMNO bahagian termuda di Kedah bagi penggal terbaharu ini.

Selain beliau, dua muka baharu yang menang ketua UMNO bahagian ialah di Merbok (Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin) dan Sik (Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim).

Sementara itu, tiga pemimpin ‘naik pangkat’ daripada Timbalan kepada Ketua UMNO Bahagian iaitu Kubang Pasu (Datuk Aminuddin Omar), Kuala Kedah (Datuk Muthalib Harun) dan Shaiful Hazizy di Merbuk.

Sembilan pemimpin kekal jawatan Ketua UMNO Bahagian iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Datuk Muhar Hussain dan Datuk Syed Ali Syed Rastan yang masing-masing mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Baling, Kulim Bandar Baharu serta Pokok Sena. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.