Ahli Bersatu bertanding Ketua UMNO Bahagian Bachok?

Ahli Bersatu bertanding Ketua UMNO Bahagian Bachok?

SURAT yang menyatakan Yusri Che Noh adalah ahli Bersatu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Calon Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Yusri Che Noh didakwa masih berstatus ahli parti Bersatu, namun kini merebut jawatan tersebut dalam pemilihan parti kali ini.

Perkara itu didedahkan oleh seorang ahli UMNO Bachok yang enggan namanya disiarkan.

Dia mendakwa Yusri merupakan ahli Bersatu yang mana keahliannya adalah ‘seumur hidup’ .

Bahkan katanya, perkara itu telah diadukan kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), namun beliau masih dibenarkan merebut jawatan ketua bahagian UMNO.

SURAT aduan berkenaan status kelayakan calon.

“Aduan telah dikemukakan, namun JPU membenarkan individu berkenaan bertanding. Apa asas yang mereka gunakan?

“Sedangkan mereka yang keluar parti dan kembali menyertai UMNO pun ada tempoh masa jika mereka ingin bertanding jawatan dalam UMNO.

“Inikan pula individu yang masih lagi status sebagai ahli Bersatu,” katanya.

Jawatan Ketua UMNO Bahagian Bachok ketika ini disandang Datuk Mohd. Zain Yassim.

Mohd. Zain merupakan calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) lalu.

Yusri yang juga ahli perniagaan mencabar Mohd. Zain bagi merebut jawatan terbabit pada pemilihan UMNO kali ini.

Berdasarkan surat JPU yang ditandatangani Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad, Yusri dibenarkan bertanding meskipun didakwa masih berstatus ahli Bersatu.

Malah, hasil carian mendapati Yusri masih lagi ahli Bersatu dengan nombor keahlian 00154222.

Status keahlian Yusri disahkan pada Mei 2018 dengan keahlian cawangan Kampung Tok Jawa, Bachok, Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN