‘ADUN tidak boleh lompat, jual maruah, khianat parti’ - Utusan Malaysia

‘ADUN tidak boleh lompat, jual maruah, khianat parti’

SIDANG DUN Kedah meluluskan akta melarang wakil rakyat melompat parti di negeri itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah menjadi negeri terbaharu meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman (Pindaan) 2023 berkaitan larangan wakil rakyat melompat parti.

Keputusan itu diumumkan Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat selepas proses pe­ngundian RUU tersebut yang dijalankan semalam.

Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir secara sebulat suara menyokong pindaan itu yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Lima ADUN mengambil bahagian dalam per­­bahasan didahului Ketua Pembangkang, Datuk Zamri Yusuf (PH-Suka Menanti), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jitra), Mohd. Azam Abd. Samat (PN-Sungai Limau), Datuk Norsabrina Mohd. Noor (BN-Bandar Baharu) dan Datuk Amiruddin Ham­zah (Pejuang-Anak Bu­kit).
Zamri menyifatkan ia permulaan sangat bermakna dan bersejarah buat negeri ini.

“Kesannya akan memberi pengertian mendalam kepada bentuk moral dan integriti ke­rana ADUN tak boleh melompat, jual maruah atau khianat sesuka hati. Pindaan ini secara tak langsung mampu menangani gejala menjurus kepada keyakinan pe­ngundi,” katanya.

Mukhriz pula menyifatkan RUU tersebut perlu diluluskan kerana ia akan menjadi sebahagian daripada proses penambahbaikan demokrasi.

“Lebih-lebih lagi apabila amalan lompat parti kian menjadi-jadi tidak hanya di Parlimen, malah di negeri-negeri lain,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya