39 ditahan terlibat sindiket selenggara ‘website’ judi dalam talian

39 ditahan terlibat sindiket selenggara ‘website’ judi dalam talian

NOORSIAH MOHD. SAADUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menumpaskan sindiket yang membangunkan serta menyelenggara laman sesawang perisian perjudian dalam serbuan di sekitar ibu negara pada 28 Februari lalu.

Dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) itu, seramai 39 individu berusia 23 hingga 43 tahun terdiri daripada 22 lelaki dan 10 wanita warga tempatan serta dua wanita warga asing dipercayai pekerja syarikat berkenaan.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, berdasarkan maklumat risikan, sindiket didapati beroperasi di sebalik dua syarikat berasaskan teknologi maklumat dan pengaturcaraan komputer bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Syarikat berkenaan menawarkan perkhidmatan membangunkan laman sesawang yang mengumpul pelbagai jenis permainan judi dalam talian. 

“Polis merampas komputer riba sebanyak 30 unit, sembilan komputer pelbagai jenama, 47 telefon pintar, tiga modem internet, tiga router sambungan internet dan satu pasport milik pekerja warga asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semua individu yang ditahan direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. 

Ujarnya, orang ramai perlu memainkan peranan dalam menyekat aktiviti promosi judi dalam talian di laman sosial ataupun aplikasi telefon pintar dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

“Penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan judi dalam talian akan diteruskan dari semasa ke semasa sekaligus membendung kegiatan haram ini dari terus menjalankan operasi mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya