27 pelajar cemerlang SPM Perlis terima anugerah YTSP - Utusan Malaysia

27 pelajar cemerlang SPM Perlis terima anugerah YTSP

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullial dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan bergambar bersama para penerima pada Majlis Pengurniaan Anugerah Cemerlang, Anugerah Kepujian dan Anugerah Khas Yayasan Tuanku Syed Putra di Putra Regency Hotel, di Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR:  Seramai 27 pelajar cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 Perlis diraikan dalam Majlis pengurniaan anugerah Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis di Putra Regency Hotel di sini hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallullail merangkap Pengerusi YTSP Perlis dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat mengurniakan anugerah tersebut.

Ia membabitkan anugerah cemerlang, anugerah kepujian dan anugerah khas.

Dari tahun 1991 hingga 2020, seramai 189 pelajar telah menerima anugerah tersebut yang mendapat kerjasama erat Jabatan Pendidikan negeri bagi menghargai pencapaian setiap pelajar.

Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus berkata, pengiktirafan tersebut adalah sumbangan kecil yang berimpak besar kepada pelajar untuk terus mengekalkan momentum cemerlang dalam akademik.

“Ia bukan sekadar anugerah tetapi apa yang ingin dilihat adalah kecemerlangan yang berterusan oleh para pelajar tidak kira dalam apa jua bidang yang bakal diceburi kelak.

“Wujudnya anugerah-anugerah seperti ini dapat membantu meningkatkan motivasi para pelajar di negeri ini untuk sama-sama berusaha mencapai keputusan yang cemerlang sekali gus meningkatkan pencapaian Perlis sebagai sebuah negeri yang melahirkan pelajar berkualiti dan bermentaliti kelas pertama dalam tindakan,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Nurhani Thaqifah Zulkifli dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma dan Muhammad Danial Zainudin dari SMK Lailatul Shahreen dikurniakan Anugerah Cemerlang YTSP Perlis.

Majlis tahun ini turut diperkenalkan Anugerah Tunas Harapan YTSP yang diberikan kepada Sharly Hakimy Hamdan yang cemerlang dalam Asian Youth Chess Player dan Muhammad Annas Farish Annas Shukhairy yang kini berada di ranking nombor 1 ‘Malaysia Junior Tennis Player’.

Tambah Johari, anugerah turut diberikan kepada pelajar yang telah mengharumkan nama Perlis di dalam bidang sukan di mana mereka meraih pencapaian tertinggi bukan sahaja dalam negara malah di pentas Asia.

“Ini sebagai galakkan kepada para pelajar untuk menonjolkan bakat dan kebolehan dalam bidang sukan agar pelajar di negeri ini juga boleh membuktikan bahawa mereka bersedia memberi saingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya,-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.