2 remaja, 14 motosikal ditahan dalam Op Samseng Jalanan - Utusan Malaysia

2 remaja, 14 motosikal ditahan dalam Op Samseng Jalanan

DUA remaja berusia 17 tahun ditahan polis Daerah Barat Daya Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan hujung minggu lalu selepas dikesan menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seramai dua remaja berusia 17 tahun ditahan manakala sebanyak 14 buah motosikal disita polis daerah Barat Daya menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan Barat Daya pada Jumaat hingga Ahad lalu.

Menerusi kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, dalam operasi yang dijalankan pukul 10 malam, Jumaat hingga pukul 4 pagi Sabtu, sebanyak lima buah motosikal telah disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jelasnya,sebanyak sembilan buah motosikal lagi telah disita mengikut seksyen yang sama ketika operasi dijalankan pada pukul 10 malam, Sabtu hingga pukul 7 pagi, Ahad lalu.

”Ketika operasi ini dijalankan dua lelaki berusia 17 tahun ditangkap di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya di Jalan Sultan Azlan Shah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu menambah, menerusi operasi itu juga polis mengeluarkan sebanyak 58 keping saman atas pelbagai kesalahan ke atas pemilik motosikal.

”Selain membendung samseng jalanan yang melibatkan mat rempit, operasi ini juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada.

”Operasi ini juga untuk memastikan penunggang motosikal sentiasa mengikut spesifikasi motosikal yang telah ditetapkan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai diminta menyalurkan maklumat berhubung sebarang kegiatan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian 04-8664122, 0192238169 (WhatsApp) atau Facebook (page) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya melalui Messenger. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya