10 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan

10 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: 10 Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen ke-15 ditubuhkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia merangkumi JKPK Kewangan dan Ekonomi, JKPK Kesihatan serta JKPK Perdagangan dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian.

Selain itu, JKPK Infrastruktur Pengangkutan dan Komunikasi, JKPK Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat serta JKPK Alam Sekitar, Sains dan Perladangan.

Katanya lagi, penubuhan 10 JKPK itu adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Pemilih pada 21 Februari serta 2 dan 13 Mac lalu yang mengandungi beberapa syor jawatankuasa untuk diterima majlis.

“JKPK Keselamatan, JKPK Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa serta JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5), Penyata Jawatankuasa Pemilih yang dibentang di meja mesyuarat dalam Dewan ini sebagai Kertas DR.2 tahun 2023 hendaklah diterima dan dipersetujui,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pelantikan JKPK itu dibuat Jawatankuasa Pemilih yang diketuai Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, bertindak sebagai pengerusi, turut dianggotai enam ahli jawatankuasa.

Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya), Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (PH-Seremban) dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (PH-Pandan).

Selain itu, ia turut dianggotai Azalina (BN-Pengerang), Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).

Beliau dalam masa yang sama turut berkata, JKPK akan berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap kementerian berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya