Yuna Rahim kini isteri Nurakmal

Yuna Rahim kini isteri Nurakmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Diari Seorang Suami, Yuna Rahim, 27, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Nurakmal Ayub,27, pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel di Mutiara Damansara, di sini, pagi tadi.

Yuna atau nama sebenarnya, Shafiqah Husna Abdul Rahim dinikahkan oleh bapanya, Abdul Rahim Awang dengan disaksikan Imam Masjid Mahmudiyyah Kayu Ara, Muhamad Nazmi Abd Samad.

Yuna sah bergelar isteri kepada Nurakmal dengan sekali lafaz pada upacara pernikahan yang berlangsung pada pukul 11 pagi.

Pada upacara itu, Yuna, 27, menerima mas kahwin RM300 berserta lima dulang hantaran, berbalas tujuh untuk pengantin lelaki.

Majlis akad nikah bertemakan rona putih itu dihadiri 100 tetamu terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Yuna mula menjalin hubungan cinta dengan Nurakmal pada pertengahan tahun lalu, seterusnya mengikat tali pertunangan pada September lalu.

Dia yang ditemui selepas selamat bergelar isteri, bersyukur segala perancangan untuk hari bahagianya berjalan dengan lancar.

“Saya gembira dan bersyukur semuanya berjalan seperti apa yang dirancang. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu merealisasikan majlis impian saya selama ini, terutama keluarga kedua-dua pihak.

“Untuk majlis resepsi pula, kemungkinan akan diadakan selepas sambutan hari raya Aidilfitri nanti. Tarikh akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri rakan selebriti seperti Fatin Afeeda dan suami, Intan Najuwa, Datin Nina Juren, Wanna Ali, Sharifah Shahora dan Wans Ahmad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya