Warga emas melecur dalam kebakaran rumah

Warga emas melecur dalam kebakaran rumah

KEADAAN sebuah kediaman di PPRT Desa Petaling yang terbakar pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas melecur apabila rumahnya terbakar di Blok B, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Desa Petaling di sini  awal pagi tadi. 

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada pukul 6.41 pagi seterusnya menghantar jentera dari Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi  serta bantuan BBP Bandar Tun Razak, BBP Sri Petaling dan BBP Seputeh ke lokasi kejadian. 

Menurut Komander Operasi, Rosdhi Fitri Roslan, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah di tingkat satu PPRT terbabit.

“Anggaran peratus kebakaran adalah sebanyak 70 peratus. Kebakaran turut melibatkan seorang mangsa lelaki warga emas mengalami kecederaan melecur 20 peratus. 

“Tindakan pasukan bomba mengunakan teknik pemadaman secara offensive dan defensive telah berjaya mengawal kebakaran dari kemusahan yang lebih besar,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, kebakaran telah dapat dipadamkan sepenuhnya pada 7.50 pagi. 

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya