Warga emas maut dalam perjalanan pergi kerja - Utusan Malaysia

Warga emas maut dalam perjalanan pergi kerja

Maut
KEADAAN mayat seorang warga emas yang maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di KM10.4 Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hayat seorang warga emas berakhir apabila terlibat kemalangan ketika melalui Lebuhraya Persekutuan, di sini untuk pergi ke tempat kerja, hari ini.

Dia yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang gula dekat Seksyen 22 di bandar raya ini maut ditempat kejadian selepas terlanggar sebuah kereta Proton Waja rosak yang berhenti di lorong kecemasan dekat Kilometer (km) 10.4 ketika menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, lelaki berusia 60 tahun itu tercampak ke atas sebuah lagi kereta Perodua Myvi yang pada masa sama melalui kawasan berdekatan susur masuk ke pusat bandar itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 135 LC telah terlanggar bahagian belakang kereta Proton Waja yang berhenti di lorong kecemasan lebuhraya berkenaan setelah mengalami kerosakan.

“Setelah melanggar kereta Proton itu, mangsa telah tercampak ke atas sebuah kereta Perodua Myvi yang berada di lorong kiri dan (impak kemalangan) mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, penunggang berkenaan terpaksa melalui laluan utama Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang ke Kuala Lumpur, selepas laluan motosikal ditutup untuk kerja-kerja pembinaan laluan Aliran Transit Ringan 3 (LRT3).

Bagaimanapun, dalam masa sama, polis mendapati tiada tiada tanda amaran atau kon diletakkan berhampiran Proton Waja berkenaan sebagai isyarat bahaya kepada pengguna lain.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Mohd. Zulkifli Razak di talian 019-4475767,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya