Warga emas cekal jaga adik terlantar, ibu uzur

Warga emas cekal jaga adik terlantar, ibu uzur

SELAMAT Takim (kanan) berbual dengan Abdul Rahman Ahmad semasa menziarahi Zulkifli Ahmad yang terlantar akibat serangan angin ahmar di Bandar Maharani, Muar, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Demi kasih terhadap ibu dan adiknya, seorang warga emas sanggup berkorban tenaga serta wang ringgit demi memenuhi keperluan mereka yang kini berada dalam keadaan uzur.

Abdul Rahman Ahmad, 60, berkata, meskipun ibunya, Fatimah Mohd. Lit, 83, tidak menghidap sebarang penyakit kronik, kudrat wanita itu terbatas dan memerlukan perhatian serta penjagaan rapi.

Selain ibu, katanya, dia turut menjaga seorang adik lelakinya, Zulkifli, 42, yang kini terlantar akibat serangan angin ahmar sejak tiga tahun lalu.

“Sejak dia diserang strok pada 2019, segala-galanya berubah dan saya menggalas tanggungjawab menjaga adik serta ibu menggunakan hasil keuntungan jualan roti canai,” katanya ketika ditemui di Bandar Maharani, di sini.

Abdul Rahman yang masih bujang mengakui hasil jualan hanya ‘cukup makan’ lantaran hanya mengusahakan gerai secara kecil-kecilan.

“Kedai makan pun tiada pekerja, hanya saya yang menjual roti canai di samping menyiapkan minuman, basuh pinggan dan cawan dan nak ambil pembantu tak mampu.

Namun, dengan wang inilah saya gunakan untuk menampung keperluan kami sekeluarga dan Alhamdulillah, adik ada menerima wang bantuan daripada daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jika saya bekerja, ibu yang akan menjaga Zulkifli,” katanya sambil memaklumkan adiknya memerlukan lampin pakai buang dan susu khas.

Terdahulu, Zulkifli menerima kunjungan daripada Setiausaha UMNO Bahagian Muar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Selamat Takim.

Bagi yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Abdul Rahman bernombor 0115741000032193. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya