Wanita didakwa 48 tuduhan pecah amanah wang EPK - Utusan Malaysia

Wanita didakwa 48 tuduhan pecah amanah wang EPK

FAUZIAH Mustafa (tengah) didakwa atas 48 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang bantuan Perkeso bernilai RM30,000 di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang pemilik agensi pekerjaan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 48 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebanyak RM30,000.

Tertuduh, Fauziah Mustafa, 47, didakwa melakukan kesalahan tersebut di antara Januari tahun 2021 sehingga Mei tahun 2022 bertempat di Maybank Cawangan Klebang, Ipoh.

Mengikut pertuduhan, wanita itu gagal menyerahkan wang bantuan Elaun Persediaan Kerja (EPK) Perkeso berjumlah RM30,000 kepada pekerja-pekerjanya melalui syarikat miliknya, FMZ Worldwide Ventures.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun berserta sebatan dan denda.

Fauziah bagaimana pun mengaku tidak bersalah ketika semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad dan tertuduh minta dibicarakan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Mac depan bagi sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya