Wan Saiful tiba bagi menjawab pertuduhan rasuah kes Jana Wibawa - Utusan Malaysia

Wan Saiful tiba bagi menjawab pertuduhan rasuah kes Jana Wibawa

WAN Saiful Wan Jan tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan rasuah kes Jana Wibawa. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan tiba di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi bagi menjawab pertuduhan rasuah berkaitan dana Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.45 pagi.

Turut kelihantan di mahkamah, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik berpangkat Datuk antara dua individu yang bakal didakwa berhubung projek Jana Wibawa.

MUHYIDDIN Yassin (memakai topeng muka) bersama pemimpin Bersatu tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. – UTUSAN/SADDAM YUSOFF

Satu sumber mendedahkan kepada akhbar ini, suspek yang juga seorang ahli Parlimen itu disyaki telah menerima rasuah daripada kontraktor yang melaksanakan projek Jana Wibawa itu.

Kata sumber itu, selain beliau, seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat juga akan didakwa melibatkan siasatan kes sama.

Pada 9 Disember 2022, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menerima butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021 berhubung pengurusan Covid-19 daripada Kementerian Kewangan.

SPRM dalam kenyataan berkata, fokus siasatan kini adalah terarah kepada RM92.5 billion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggarkan hampir RM600 bilion.

Susulan siasatan itu, beberapa kontraktor mengakui membayar komisen terbabit dengan wang berkenaan akan dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik kononnya untuk tujuan pembiayaan politik.

Pada 2 Februari lalu, SPRM mengesahkan telah membeku dua akaun bank membabitkan sebuah parti politik bernilai lebih RM40 juta bagi membantu siasatan penyelewengan dana di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya