Vape dikenakan duti eksais

Vape dikenakan duti eksais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik serta vape.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi mengurangkan penggunaan vape.

“Walaupun vape bernikotin masih tidak sah di sisi undang-undang, hakikatnya telah dijual secara berleluasa dan dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion. Alangkah baik sekiranya ia dikawal selia dan dikenakan cukai supaya tidak menggalakkan penggunaan vape.

“Kerajaan menyokong ikhtiar Generational Endgame (GEG) dan bersetuju bahawa separuh daripada hasil duti eksais ini akan diperuntukkan semula kepada Kementerian Kesihatan sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan termasuk kempen antirokok dan antiarak yang berkesan,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, bagi mengurangkan ketirisan, usaha penguatkuasaan agensi kerajaan terus dipergiat bersama-sama pihak industri bagi mengekang ketirisan hasil dan subsidi angkara sindiket penyeludupan seperti diesel, arak serta rokok.

“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan melaksanakan semula program pengakuan secara sukarela.

“Melalui program ini, pengampunan ke atas penalti 100 peratus akan diberikan bagi mereka yang membuat pengakuan sukarela dan membayar cukai mulai 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya