Van terbabas ketika turun dari Genting Highlands, mangsa maut meningkat 7 orang - Utusan Malaysia

Van terbabas ketika turun dari Genting Highlands, mangsa maut meningkat 7 orang

KEMALANGAN melibatkan sebuah van yang terbabas di kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands di Bentong, Pahang. - FOTO IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Tujuh penumpang termasuk pemandu sebuah van maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ketika menuruni bukit di kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands di sini.

Difahamkan, enam penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pusat gerakan operasi bomba Pahang menerima laporan kemalangan itu pada pukul 1.15 petang.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, terdapat 15 penumpang kesemuanya yang terbabit dalam kemalangan ngeri itu.

MANGSA yang terkorban dalam nahas di Genting Highlands.

“Enam daripadanya maut dalam kemalangan itu akibat tersepit dan mayat mereka berjaya dikeluarkan pegawai dan anggota bomba.

“Kami menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa termasuk menyelamat yang masih hidup,” katanya dalam kenyataan di sini.

Seramai lima pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands dihantar ke lokasi kejadian sebaik sahaja laporan diterima.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, enam mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

“Mereka yang selamat dan cedera dihantar ke hospital berhampiran bagi rawatan lanjut. Pasukan ambulans dari Genting Highlands dan hospital berhampiran turut berada di lokasi bagi memberikan bantuan,” katanya.

Terdahulu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam kenyataan memaklumkan, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan penyelamatan.

Mereka yang menaiki van dikatakan kumpulan pelancong dari Pulau Pinang dan selesai mengunjungi Genting Highlands. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya