Ustaz Abdullah Khairi kesal ‘digam’ ceramah Hari Wilayah Persekutuan

Ustaz Abdullah Khairi kesal ‘digam’ ceramah Hari Wilayah Persekutuan

TANGKAP layar poster Forum Perdana Ehwal Islam yang turut memaparkan Abdullah Khairi sebagai panel bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pendakwah selebriti terkenal tanah air, Ustaz Abdullah Khairi meluahkan perasaan kesal apabila mendakwa ‘disekat’ menjadi panel di sebuah masjid di ibu negara.

Menerusi hantaran dalam laman sosial rasminya, beliau dalam nada sinis membayangkan ada pihak tertentu yang mungkin bimbang dengan ceramah yang disampaikan selama ini.

“Dua program sudah kena ‘gam’ (sekatan). Haaa takut pada bayang-bayang… Dua bulan aku di Mekah,” nukilnya yang baru pulang daripada urusan umrah di tanah suci.

Pendakwah yang berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang itu juga melampirkan poster mengenai program Forum Perdana Ehwal Islam sepatutnya disertai oleh beliau Rabu lalu. Hantaran ringkas berkenaan turut tular diperkatakan ribuan warganet tempatan apabila meraih lebih 5,000 tanda suka selain menerima hampir 700 komen serta dikongsi 300 netizen.

 Ini bukan kali pertama beliau ‘digam’ dalam program sedemikian apabila pernah dihalang menyertai Forum Perdana Ehwal Islam selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018. Bagaimanapun, selepas kerajaan lama bertukar pada 2020 lalu, beliau yang terkenal dengan gaya jenaka itu dibenarkan muncul kembali dalam banyak program keagamaan.

 Setakat ini, pihak Jawi dan Jakim tidak mengeluarkan kenyataan tetapi secara kelazimannya, individu itu boleh disekat jika tiada sijil tauliah mengajar agama di Wilayah Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya