Tun M beri bayangan sertai PUTRA

Tun M beri bayangan sertai PUTRA

IBRAHIM Ali menyerahkan borang keahlian PUTRA kepada Dr Mahathir Mohamad untuk dipertimbangkan menyertai parti itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) selain berhasrat menjadi penasihat parti itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau menganggap jemputan untuk menyertai PUTRA sesuai dengan perjuangan dan prinsip politiknya iaitu membela nasib orang Melayu dan menolak amalan rasuah.

“Saya ucap terima kasih atas jemputan ini dan saya akan meneliti terlebih dahulu sama ada PUTRA ini sesuai atau tidak dengan saya. Setakat ini, saya tidak nampak sebab yang saya tidak boleh terima parti ini. Saya akan fikir secara mendalam terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.

“Saya akan membuat permohonan menjadi ahli dan kalau mahu bagi saya sebagai penasihat parti, saya boleh bagi nasihat,” katanya dalam sidang akhbar bersama pimpinan PUTRA di sini, hari ini.

Beliau berharap dapat memberi panduan kepada PUTRA dan meneruskan perjuangan serta mencapai matlamat untuk selamatkan kaum Melayu di negara ini.

Sementara itu, Presiden PUTRA, Datuk Ibrahim Ali percaya Dr. Mahathir masih ada aura sebagai pemimpin sekali gus memimipin PUTRA.

“Kita mahu Tun sertai PUTRA. Kami mohon seikhlas hati dan tidak timbul soal Tun mahu memohon sertai PUTRA atau tidak. Kita juga jemput 14 bekas pimpinan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk sertai PUTRA. Kita doakan agar Tun dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali diberi kesihatan berpanjangan dan kami mahu sehidup semati dengan perjuangan Tun,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Dr. Mahathir bersama 12 ahli lain memutuskan untuk keluar daripada Pejuang. Difahamkan, mereka menyuarakan kekecewaan terhadap Pejuang kerana memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).

Turut meninggalkan Pejuang termasuk Timbalan Presidennya, Marzuki Yahya; bekas ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan, Afiqah Mohamad, Nurhairi Rahmat, Fyzul Adzwan Mustafa Kamal, Mohamad Jani, Ahamed Basheer, Azman Mohd Hashim, Mohd Jefrie Hussin, Armin Baniaz Pahamin dan Wan Azliana Wan Adnan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.