KUALA LUMPUR: Transformasi Parlimen menjadi salah satu topik yang dibincangkan dalam pertemuan antara Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan juga Pesuruhjaya Tinggi India, B N Reddy. Dalam pertemuan di bangunan Parlimen, kedua-dua tokoh tersebut turut berkongsi pendapat berhubung kerjasama kedua-dua negara itu. Menerusi kenyataan media Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara, kunjungan hormat tersebut antara lain bertujuan bertukar-tukar pandangan berkenaan kerjasama dua hala kedua-dua negara dalam pelbagai sektor…










