Timbalan Pengarah JSJ dilantik sebagai KP Selangor

Timbalan Pengarah Risikan Operasi JSJ dilantik sebagai KP Selangor

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan dilantik sebagai Ketua Polis Selangor yang baharu. 

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pelantikan Hussein itu berkuat kuasa 13 Mac depan. 

“Beliau akan memangku pangkat Komisioner,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Pelantikan Hussein itu bagi menggantikan Datuk Arjunaidi Mohamed yang bersara wajib pada 2 Januari lalu.

Hussein, 53, berasal dari Bidor, Perak, telah berkhidmat selama 28 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau sebelum ini turut bertanggungjawab dalam pengurusan bencana ketika negara ini berhadapan dengan pandemik Covid-19 sebagai Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Selain itu, beliau juga turut diberi tanggungjawab mengetuai siasatan operasi MH17 di Ukraine, pada tahun 2014.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.