Tiga lot kedai musnah terbakar

Tiga lot kedai musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga lot kedai di Taman Taming Jaya di Kajang di sini musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.53 malam.

“Seramai 35 anggota bersama lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn, BBP Bangi, BBP Serdang, BBP Sungai Besi dan BBP Jalan Hang Tuah ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, kami mendapati berlaku kebakaran membabitkan tiga lot kedai jenis teres satu tingkat dengan setiap unit premis berkenaan terbakar 90 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya