Tiada pempengaruh TikTok jadi pelontar suara UMBI - Utusan Malaysia

Tiada pempengaruh TikTok jadi pelontar suara UMBI

FADHLINA Sidek beramah mesra bersama calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum memasuki dewan peperiksaan ketika lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Kementerian Pendidikan menegaskan integriti merupakan isu paling penting dalam penghasilan peperiksaan utama di sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, untuk itu audio Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 sudah lama dibuat oleh pihak kementerian.

Justeru menurutnya, tidak seharusnya timbul isu integriti dakwaan menggunakan pempengaruh TikTok sebagai pelontar suara bagi audio UMBI.

“Kita sudah memberi penjelasan yang cukup jelas bahawa proses ini telah dilaksanakan lebih awal dan tidak timbul isu TikToker tersebut.

“Integriti menjadi isu yang penting, oleh itu, Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan memastikan semua aspek keabsahan, kesahihan dan kredibiliti suara yang merekod,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan sempena hari pertama ujian bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat di sini hari ini.

Semalam, Lembaga Peperiksaan menafikan dakwaan bahawa suara pempengaruh di aplikasi TikTok digunakan sebagai pelontar suara dalam audio UMBI bagi SPM 2022 pada 16 Februari lalu.

Sebaliknya katanya, pelontar suara yang digunakan dalam membina item atau instrumen ujian tersebut adalah terdiri dalam kalangan guru, pensyarah atau penuntut universiti.

“Pelontar suara merupakan mereka yang berwibawa dalam berbahasa Inggeris. Mereka yang terlibat juga telah diberikan latihan sebelum proses pembinaan item atau instrumen ujian SPM Tahun 2022,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya