TFC dapat khidmat pemain Filipina, Omid Nazari

TFC dapat khidmat pemain Filipina, Omid Nazari

OMID NAZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) berjaya mendapatkan khidmat pemain Filipina, Omid Nazari, sebagai tonggak import baharu pada hari terakhir jendela perpindahan, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab. Rasid Jusoh, berkata, awang import berusia 32 tahun itu menandatangani kontrak setahun bagi kuota Asean menggantikan Luke Woodland yang digugurkan.

Menurut Ab. Rasid, kehadiran bekas pemain Negeri Sembilan itu akan memperkuatkan jentera tengah Sang Penyu untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC.

“Nazari merupakan pemain kelahiran Sweden dan produk akademi kelab Malmo FF selain turut berpengalaman beraksi dalam Liga Indonesia bersama Persib Bandung.

“Diharap beliau dapat membentuk keserasian bersama Habib Haroon, Domagoj Pusic dan Liridon Krasniqi sebagai perancang tengah TFC.

“Namun perlawanan berhadapan Johor Darul Ta’zim (JDT), malam esok, masih terlalu awal untuk Nazari mengambil bahagian,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ab. Rasid mengesahkan TFC menyambung kontrak tiga tonggak pertahanan iaitu kapten, Shahrul Nizam Roshasni, Alif Zakaria dan Azam Azmi Murad sehingga 2025.

Menurut beliau, ketiga-ketiga pemain berkenaan menyatakan komitmen untuk terus menyarung jersi Sang Penyu walaupun turut ditawarkan tempat daripada beberapa kelab lain. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya