Temasya Warna-Warni Kampung Seberang Ramai meriah - Utusan Malaysia

Temasya Warna-Warni Kampung Seberang Ramai meriah

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kanan) dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (empat dari kanan) berkenan bagi membuat pelepasan Pertandingan 4x4 Challenge bersempena Temasya Warna-Warni Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis, Perlis. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Temasya Warna-Warni Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berlangsung meriah membabitkan pengisian pelbagai program menarik buat pengunjung.

Program yang bermula pada 3 hingga 5 Februari itu turut mendapat kerjasama Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia (MFWDA), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia.

Beberapa aktiviti menarik turut dianjurkan sepanjang pelaksanaan program berkenaan antaranya seperti Pertandingan Cabaran 4×4 KBS, Perkhemahan 4×4, Pertandingan RC Crawler Offroad 4×4, Pertandingan Kenderaan Mini RC Crawler 4×4, Pertandingan E-Sukan dan Pertandingan Mewarna.

Selain itu, terdapat juga penganjuran Pertandingan Memasak Citarasa Adabi yang turut menampilkan Chef Mohd Irwan Mohd Nor.

Malah, program berkenaan turut dimeriahkan lagi dengan penganjuran aktiviti Slide Pool, Ceramah Ziarah Mahabbah, Senaman Pagi, Pertandingan Kopi Tarik dan pelbagai lagi.

Dalam pada itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan program berkenaan di pekarangan Dataran Semarak Projek Transformasi Diraja Kampung Nelayan Warna-warni Seberang Ramai Kuala Perlis.

Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa berangkat meninjau lokasi Pertandingan Cabaran 4×4 dan pertandingan memasak Citatasa Adabi selain beramah mesra dengan masyarakat setempat.

Selain itu, terdapat juga beberapa pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turut sama memberikan sokongan bagi menjayakan penganjuran program tersebut.

Antara pihak terlibat adalah seperti Syarikat Adabi, Nasty Group, Pertubuhan Warisan Patriotik Malaysia, MyFundAction, Kolej Antarabangsa Murni, EST Infinity, Aec Machinery, Idillick Partners, Easy Paint, Akademi Binaan Malaysia dan pelbagai lagi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya