Teliti kembali peranan peguam 1MDB

Teliti kembali peranan peguam 1MDB

Johari Abdul Ghani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu meneliti kembali peranan peguam yang mewakili 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana tidak memfailkan saman kepada bank pelaburan Amerika Syarikat, Goldman Sachs.

Menurut Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, perkara itu tidak seharusnya tertumpu kepada kepentingan politik semata-mata kerana tindakan perlu dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang didapati bersalah.

“Saya minta kalau boleh kerajaan melihat bagaimana peranan peguam yang mewakili 1MDB dan siapa yang terlibat, kenapa tidak saman Goldman Sachs? Selalunya apabila saman, baru runding, tekanan itu lebih baik. Tetapi saman pun tidak ada kepada Goldman Sachs, saman dekat sini mahu buat apa? saman sana, barulah ada tekanan, dan tekanan itu kuat, barulah dia mahu bercakap.

“Kita rasa tidak adil skandal begitu besar hanya tumpukan kepada politik untuk mendapatkan duit kita. Siapa salah perlu ambil tindakan, tidak peduli.

“Saya tidak mahu Perdana Menteri akan datang apabila ada skandal, semua yang bekerja dalam entiti tersebut tidak diambil tindakan, kita kena siasat. Kenapa mereka dapat gaji besar, apabila ada masalah letak di tangan semua orang? Saya rasa tidak adil. Kalau ada salah, saya minta ambil tindakan. Yang kerja berpuluh tahun dalam entiti tetapi tidak bersalah, macam mana ini? Ini cerita kartun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) perbekalan 2023 peringkat dasar di Dewan Rakyat, semalam.

Tambahnya, Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) telah memberikan fakta secara jelas yang Goldman Sachs merupakan penasihat kewangan 1MDB, sekali gus mempersoal mengapa tindakan tidak diambil terhadap bank pelaburan berkenaan.

“Mahkamah Amerika mengeluarkan fakta-fakta menunjukkan Goldman Sachs merupakan penasihat kewangan yang ditugaskan untuk mengeluarkan bon. Tetapi yang peliknya kita sudah tahu mereka ini turut bersalah, tetapi kenapa kita selesaikan dengan begitu rendah sekali?

“Peguam yang mewakili 1MDB sepatutnya melihat kepentingan 1MDB, bukan kepentingan Goldman Sachs, sebab jelas menunjukkan dia tipu kita. Dia sudah peroleh manfaat AS$606 juta.

“Siasatan tidak boleh tertumpu kepada politik, sepatutnya melibatkan semua pengurusan. agak mustahil kepada satu organisasi yang mengeluarkan bon berbilion ringgit, hanya seorang yang turun naik mahkamah, apa jadi pada pengurusan kanan yang gaji besar-besar? Saya mahu Tambun perhatikan balik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya