Tak nak orang lupakan saya - KJ mula tugas sebagai DJ - Utusan Malaysia

Tak nak orang lupakan saya – KJ mula tugas sebagai DJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya pun masih ada cita-cita politik, tak nak orang lupakan saya.”

Demikian jawapan balas bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin ketika ditanya mengapa dia menyertai stesen radio, Hot FM sebagai penyampai radio baharu.

Khairy dalam nada berseloroh juga berkata, selepas kehilangan jawatan sebagai ahli Parlimen dan tiada kedudukan dalam kerajaan, dia harus melakukan sesuatu sebagai punca pendapatan.

“Sebelum ini rutin pagi saya tidur. Lepas subuh, sambung tidur. Bukan murung pun, cuma sudah lama tidak berehat.

“Cuma bila tidak ada jawatan selepas kalah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), saya ingatkan ada pencen, rupanya tiada. Kena tunggu usia 50 tahun, baru dapat.

“Sekarang saya 47, nak tunggu tiga tahun tanpa kerja. Tak boleh. Sebab itu juga saya sertai Hot FM. Gaji besar!” katanya yang mesra disapa KJ.

Tinjauan Utusan Malaysia di laman-laman sosial juga mendapati, kehadiran KJ sebagai penyampai radio menjadi buah mulut ramai dan rata-rata terhibur dengan keletah bekas ahli Parlimen Remabu itu.

Malah, ada juga yang menyokong agar KJ terus menjadi penyampai radio kerana suka kehadiran golongan profesional melontarkan idea dan kata-kata.

KJ yang memulakan tugasnya secara rasmi di Bekpes Hot bermula hari ini ditemani penyampai radio, Johan dan AG.

Malah KJ juga sempat bergurau untuk bertanyakan kepada pihak penaja sekiranya dia juga boleh mendapatkan tona kulit lebih cerah jika menggunakan produk tersebut.

“Tak payahlah, dah tall, dark and handsome!” jawab AG.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN