Syafiq Kyle, Mimi Lana nikah lepas Aidilfitri - Utusan Malaysia

Syafiq Kyle, Mimi Lana nikah lepas Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun belum mengumumkan tarikh sebenar, pelakon, Syafiq Kyle, 31, memberi bayangan majlis pernikahannya dengan aktres, Mimi Lana, 28, akan berlangsung selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Kongsi Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak, segala persiapan menjelang hari bahagia mereka tersusun rapi dan berjalan mengikut perancangan.

“Semuanya masih dalam kawalan. Tarikh itu selepas hari raya. Doakan saya.

“Alhamdulillah, saya dan bakal pasangan hidup sudah kenal lama, malah segala persiapan lebih tersusun dan semuanya diuruskan dengan baik. Pihak produksi juga faham jadual kami dan saya masih kerja seperti biasa,” katanya ketika ditemui semasa penggambaran telefilem Mendarat di Syurga, kelmarin.

Bagi mengelakkan salah faham timbul, pelakon drama Nur itu memilih tidak menerima sebarang tajaan untuk majlis perkahwinannya.

“Perkara ini subjektif sebab tidak semua faham konsep tajaan. Buat masa ini, tiada tajaan untuk majlis saya,” kongsinya.

Ditebak dugaan sebelum bernikah, Syafiq seboleh-bolehnya menyimpan kemas masalah tersebut kerana mahu melaluinya dengan penuh kematangan.

Baginya, setiap masalah yang menimpa perlu diatasi dengan jalan penyelesaian terbaik, selain mengharapkan doa orang ramai.

“Masalah itu mesti ada dan kalau boleh cuba elakkan. Sekalipun ada dugaan, tidak mungkin saya kongsikan. Terpulang pada diri masing-masing untuk uruskan kerana mesti ada jalan penyelesaian.

“Orang luar janganlah asyik tanya tentang dugaan, doakan keselamatan dan kebahagiaan kami. Cukuplah,” katanya.

Sebelum ini, Syafiq dilaporkan sudah merisik Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin dalam satu majlis ringkas melibatkan kedua-dua keluarga.

Terdahulu, Syafiq memaklumkan, bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini, selain mengakui sudah menghadiri kursus kahwin. Pasangan itu mula berkongsi mengenai hubungan istimewa mereka sekitar 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya